RMMICT@FACEBOOK
Selasa, Januari 01, 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Selamat tahun baru kepada semua. Bertambah tahun maksudnya bertambah tanggungjawab disertai dengan tanggungjawab sedia ada. Syukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang merasai tahun baru. Telah lebih dua bulan.. tiadanya pos baru daripada saya. Saya akui saya tiada idea dan yang sebenarnya saya tiada upaya. Imbas kembali 2012 yang baru berlalu telah memberikan begitu banyak pengalaman berharga. Kemalangan kereta yang dialami pada awal September banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan harian. Sebesar-besar kesyukuran saya kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya. Saya redha ketentuanNya dan terima segalanya.Sehingga kini setiap minggu perlu ke hospital menerima rawatan. Bersyukur juga kerana begitu ramai yang menziarah dan mendoakan saya..Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa mereka. Maaf kerana langsung tidak dapat mengingat siapa yang menziarah kerana sebulan juga saya hilang punca..Menariknya genap sebulan selepas insiden kemalangan, saya mendapat peluang temuduga menyambung pelajaran..Saya gagahkan juga walaupun ketika temuduga saya tidak faham soalannya...Tidak tahu mengapa..Tidak hairanlah keputusannya tidak memihak kepada saya.Tidak mengapa..Panjang umur masih ada masa.. Blog ini pula jika masih yang belum tahu telah mendapat tempat ke 5 kategori pendidikan 2012 peringkat kebangsaan anjuran UPSI.. Syukur mendapat tempat walaupun selepas 4 kali mencuba.. Hari akhir 2012, saya dikejutkan pula dengan berita sedih kehilangan guru ICT Selangor Puan Saejah Bt Denan kerana sakit. Beliau seorang guru lama yang baik dan berdedikasi serta banyak menyumbang pada ICT selangor. Semoga Allah s.w.t menempatkannya di kalangan hamba-hambanya yang beriman..ALFatihah.. Akhirnya semoga tahun baru memberi kekuatan baru kepada kita sebagai pendidik dan sentiada berusaha memastikan yang terbaik dari segenap segi..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan