RMMICT@FACEBOOK
Rabu, Mac 23, 2011
Pecah Juga Akhirnya..
Buat tahun ke 4 berturut-turut di sekolah saya, mata pelajaran ICT berjaya mengekalkan keputusan lulus 100 %. Syukur alhamdulillah. Keputusan kali ini juga agak menggembirakan kerana buat pertama kalinya ketiadaan pelajar yang mendapat A berjaya dipecahkan. Tahniah kepada semua guru ICT SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya terutama guru pemilik blog INI. Bagi kami yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar, keputusan ini bakal menjadi penanda aras kearah usaha yang lebih keras untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Jaga-Jaga..Depan Ada Longkang... Lompat !!!!
Entri pada kali ini mungkin agak klise. Namun tugas kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain perlu berterusan, apa lagi perkara-perkara yang baik. Almaklumlah juga, orang melayu terutamanya memang mudah lupa..
Selasa, Mac 22, 2011
Baru Sekarang Rasa Bangga ???
Sejak menang sukan SEA dan Piala AFF, apa yang dapat diperhatikan , kini semakin ramai yang memakai jersi bola sepak Malaysia yang baru. Apakah dulu tidak bangga jika memakai jeris bola sepak Malaysia.. Apakah trend ini akan berubah jika tiba-tiba prestasi merundum kelak. Semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia berasa bangga tidak kira apa terjadi !!!
Rabu, Mac 16, 2011
Kabel Internet Bawah Laut
Gambar-gambar berikut menunjukkan tentang kabel internet yang di pasang di bawah laut. Gambar-gambar yang boleh anda dapati di internet dengan banyak ini sangat menarik untuk dilihat.
Fakta Tentang Kabel Internet Bawah Laut
Ramai antara kita tidak tahu bahawa internet mula wujud di Malaysia pada tahun 1985. Ini bermakna telah 26 tahun internet mula bertapak di negara kita. Pada tahun-tahun awal internet mula bertapak, penanaman kabel bawah Laut hanya di bina di negara-negara tertentu seperti di Amerika Syarikat dan negara-negara eropah.
Selasa, Mac 15, 2011
Tukar Juga Akhirnya
Ingatkan templat dahulu adalah templat terakhir... Stelah hampir setahun saya teragak hati hendak menukar template yang baru.. Mungkin pada awal agak berterabur untuk memahami html templat ini dan menyusun atur widget dan sebagainya...
Khamis, Mac 10, 2011
Borang-Borang Pelupusan Komputer Sekolah
Saya telah membuat pelupusan komputer di sekolah saya. Telah hampir setahun diluluskan dan belum ada khabar berita lagi susulan daripada itu. Saya sering ditanya bagaimana cara atau borang yang digunakan untuk melupuskan komputer. Setelah sekian lama, baru tergerak hati memasukkan ke dalam blog ini. Entahlah.. tidak tahu mengapa..
Klik SINI..
Klik SINI..
Selasa, Mac 08, 2011
Mesyuarat Di Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bermula Isnin 7 Mac sehingga 10 Mac ini saya menghadiri mesyuarat di Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya. Mesyuarat adalah berkaitan dengan Membina Dokumen Standard Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 4 Bil. 1.
Jumaat, Mac 04, 2011
Photo Ter'delete' ?? Dapatkannya Semula
Anda ter'delete' folder gambar ?? Jangan risau..dapatkannya semula dengan perisian percuma ini. Dengan beberapa langkah mudah , semua gambar tersebut akan kembali kepada anda. Perisan ini secara khususnya t mengembalikan gambar atau folder gambar yang anda padam secara tidak sengaja dan menarik juga ia dapat mengembalikan gambar dari USB , Kad MikroSD atau 'external hard disk' anda. Klik SINI
Khamis, Mac 03, 2011
Buang Pengintip PC Anda..
Kita sentiasa berwaspada dengan virus tetapi masih ramai yang tidak begitu mengambil berat tentang penting perisian antispyware pada pc/laptop masing-masing. Antara sebab juga mengapa ps/laptop 'slow' kerana mungkin telah dijangkiti trojan. Anda boleh cuba menggunakan antispyware portable yang mana hanya anda perlu download dan run daripada pendrive atau CD. Tidak perlu update kerana ianya didatangkan bersama dengan 'definitions'yang terkini.
Download secara percuma di SINI
Rabu, Mac 02, 2011
Cara 'Boot Windows' Dengan Cepat
Pengguna Windows semakin lama merasai bahawanya ia semakin cepat tua dari usianya. Ini kerana untuk 'boot windows' sudah tidak secepat dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, terlebih dahulu kita harus faham bahawa sebegitu banyak cara atau panduan yang kita perolehi tidak memungkinkan 'boot windows' menjadi sangat cepat. Ini kerana TERLALU banyak perkara berlaku semasa 'boot windows' berjalan. Mari kita lihat apa yang berlaku apabila setiap kali kita "ON" pc / laptop kita :
* Membaca Bios - hal-hal prasejarah yang telah sekian lama ada.
* Master Boot Record - menyimpan hal-hal yang biasanya terjadi ketika anda 'boot up' PC
* Boot Sektor - kawasan khas dari hard drive anda, sedikit simpanan untuk boot Windows
* Windows Boot Manager - sebuah program yang membaca fail Windows booting utama
* Membaca 'boot configuration data' - petunjuk tentang apa yang sebenarnya dilakukan ketika booting Windows
* MenCari fail hibernasi - hanya dalam kes Windows tidak shut down dengan lengkap dan bukan hanya pergi ke hibernasi (terutama pada laptop)
* Memulakan winload.exe - program yang benar-benar mulai memuatkan Windows
* Barulah Memulakan sistem pengoperasian (OS) itu sendiri
* Memulakan Session Manager Subsistem (apa benda tah tu)
* Bersedia untuk meminta anda untuk log in ke Windows itu sendiri (jika di 'set up' oleh anda sendiri atau memang dah ada masa beli)
* Memulakan semua perkhidmatan yang anda pasang seperti antivirus atau apa macam lagi.. (akhirnya dah rasa boleh nak mula guna ni !!!)
Punyalah banyak benda di baca !!!!!!
* Membaca Bios - hal-hal prasejarah yang telah sekian lama ada.
* Master Boot Record - menyimpan hal-hal yang biasanya terjadi ketika anda 'boot up' PC
* Boot Sektor - kawasan khas dari hard drive anda, sedikit simpanan untuk boot Windows
* Windows Boot Manager - sebuah program yang membaca fail Windows booting utama
* Membaca 'boot configuration data' - petunjuk tentang apa yang sebenarnya dilakukan ketika booting Windows
* MenCari fail hibernasi - hanya dalam kes Windows tidak shut down dengan lengkap dan bukan hanya pergi ke hibernasi (terutama pada laptop)
* Memulakan winload.exe - program yang benar-benar mulai memuatkan Windows
* Barulah Memulakan sistem pengoperasian (OS) itu sendiri
* Memulakan Session Manager Subsistem (apa benda tah tu)
* Bersedia untuk meminta anda untuk log in ke Windows itu sendiri (jika di 'set up' oleh anda sendiri atau memang dah ada masa beli)
* Memulakan semua perkhidmatan yang anda pasang seperti antivirus atau apa macam lagi.. (akhirnya dah rasa boleh nak mula guna ni !!!)
Punyalah banyak benda di baca !!!!!!
Selasa, Mac 01, 2011
Copy Cepat 2
Tugas dihadapan komputer kini perlu cepat seiring perkembangan semasa. Setelah lebih 2 tahun menggunakan perisian teracopy, terjumpa perisian yang sama fungsinya. Ternyata perisian percuma ini tidak mengecewakan. Anda boleh memuat turun perisian FAST COPY secara percuma ini di SINI
Langgan:
Catatan
(
Atom
)













