RMMICT@FACEBOOK
Isnin, Januari 25, 2010
Google Doc
Saya sebelum ini ada mengirim pos tentang google doc dalam pendidikan. Ingin saya jelaskan lagi, terdapat 5 elemen utama dalam google doc iaitu document, presentation, spreadsheet, form dan folder. Document, presentation dan spreadsheet adalah seperti perisian office yang biasa jika kita membuat kerja padanya. Sudah tentu juga kita boleh menaik turun fail-fail sedia ada dalam bentuk word,powerpoint dan excell. Bagi google form, anda boleh mencipta borang samada borang soal selidik, borang pesanan atau sebagainya mengikut kehendak anda. Bagi keempat-empat document, presentation ,spreadsheet dan form, anda boleh menerbitkan kerja anda bagi capaian sesiapa yang anda inginkan, malah ia kemudahan 'embedded' juga disediakan. Bagi google folder sama seperti yang anda fikirkan iaitu menyimpan kerja-kerja berkaitan dalam folder yang diberi nama khusus oleh anda. Cuma gunakan 'cursor' anda untuk memasukkan fail-fail sedia ada ke dalam folder. Setiap langkah bagaimana menggunakan semua elemen google doc ini ada ditunjukkan dengan jelas oleh google.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan