
RMMICT@FACEBOOK
Isnin, Februari 21, 2011
Umur Kita Di Planet Lain

Jika saya duduk di Planet Jupiter sekarang ni, umur saya baru 3.03 tahun. Berapa pula umur anda. Menariknya pautan pada kali ini anda akan diberitahu umur anda jika tinggal di kesemua planet dalam sistem suria. Ianya berdasarkan pusingan planet-planet mengelilingi matahari.Sila klik di SINI untuk ke laman berkaita...
Rabu, Februari 16, 2011
Baik 'Tak Pandai ' Komputer Kalau Macam Ni...

Dalam sibuk menambah ilmu dan kemahiran dalam komputer, kadang-kadang situasi berikut menyebabkan terfikir macam ni.. "kan baik kalau tak pandai komputer !!! ". Macam-macam perkara lain sebenarnya yang boleh membuatkan soalan tadi terkeluar dari kepala. Saksikan sahajalah....
...
Isnin, Februari 14, 2011
E-Learning di Malaysia Belum Berkembang

E-pembelajaran di Malaysia belum berkembang sepenuhnya kerana kebanyakannya terhad di IPTA dan IPTS sahaja. Adalah penting dalam menghadapi zaman globalisasi dunia tanpa sempadan ini, pakar-pakar kurikulum mewujudkan satu kumpulan atau memikirkan secara serius bagaimana e-pembelajaran dapat diaplikasi dalamm pelbagai peringkat umur di Malaysia. Satu usaha juga perlu diwujudkan dalam mengumpulkan laman-laman e-pembelajaran di Malaysia...
Ahad, Februari 13, 2011
Kenali Jenis Jangkitan Komputer

Anggapan paling popular apabila sistem komputer menghadapi masalah adalah, pc telah dijangkiti virus !!! Virus terletak dalam kumpulan Malware.Malware adalah perisian komputer yang biasanya terpasang pada komputer tanpa anda sedari. Istilah generik yang digunakan iaitu malware adalah untuk menggambarkan semua jenis perisian yang berbahaya dan ini merujuk pada worm, virus, trojan, spyware, adware, hoax, dll, dan itu direka untuk merosakkan atau...
Kenapa anitvirus penting ??

Pada hari ini, sesebuah komputer yang terdedah dan tidak dilindungi dengan mudah dijangkiti. virus baru, spyware, trojan, worm, dan malware. Pandangan terhadap virus juga sudah berubah; virus bukan sahaja dianggap sebagai perosak kepada komputer anda malah kini sebagai pencuri maklumat dan identiti anda.
Manfaat memasang penyelesaian keselamatan asas pada PC anda iaitu sebuah antivirus sangat jelas, bukan hanya mampu meningkatkan tahap perlindungan,...
Khamis, Februari 10, 2011
VGA Port Pupus 2015

Port VGA, penghubung ke monitor semakin hampir kepada pelupusannya. Pengeluar Cip Intel (Nasdaq: INTC) dan AMD (NYSE: AMD), dengan sokongan dari berbagai vendor komputer, telah mengumumkan sokongan mereka untuk m menghapuskan teknologi ini pada 2015. Bagi menggantikannya..mereka akan mempercepatkan penggunaan DisplayPort dan High Definition Multimedia Interface (HDMI) port dalam teknologi terbaru mereka. Teknologi ini baru bakal memiliki konsumsi...
Rabu, Februari 09, 2011
Penyakit Apa Ni ?? Tolong !!!

Pop up ini tiba-tiba asyik keluar apabila, apa sahaja program di klik. Ianya sangat menggangu apabila menggunakan pc. Apakah sebabnya ? Mengikut bacaan saya ianya mungkin di sebabkan oleh program yang dipanggil dit.exe yang mana di install oleh sesetengah perisian card reader. Ada juga yang mengatakan disebabkan oleh perisian antivirus.. Yang mana satu betul ? Saya belum dapat mencari cara hendak membuangnya... Sesiapa boleh tolong...
Isnin, Februari 07, 2011
Padam 'Cookies' Dengan Pelayar Berbeza

Setiap pelayar internet mempunyai kaedah berbeza untuk menghilangkan 'cookies'. Berikut adalah langkah-langkah untuk menghilangkan 'cookies' pada pelayar Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari, Netscape , Opera dan Google Chrome.
1. Internet Explorer : klik menu Tools dan pilih Internet Options. Klik butang Delete Cookies. Klik OK.
2. Mozilla Firefox : masuk ke menu Tools, dan pilih Privasi. Di bahagian seksyen cookies cek kotak ...
Ahad, Februari 06, 2011
Promote Blog

Jadi Umang-Umang.. pernahkah anda dengar atau tahu maksudnya ? Entri bukan cerita ICT kali ini berkaitan blog yang sangat saya suka. Sebagai orang melayu jika kita membaca blog ini tentunya anda menyedari bahawa begitu sedikitnya pengetahuan kita. Simpulan bahasa di atas sebagai contohnya, terdapat begitu banyak lagi simpulan bahasa yang tidak pernah kita dengar. Lawati blog ini untuk menambahkan pengetahuan kita.
Layari SERI BAHA...
Sabtu, Februari 05, 2011
Perisian Aplikasi Percuma

Microsoft Office mungkin menjadi perisian aplikasi yang dominan di pasaran, tetapi open office telah sekian lama menjadi alternatif kepadanya kerana menawarkan penggunaannya secara percuma. Kini, pengguna mempunyai satu lagi alternatif kepada perisian aplikasi yang percuma iaitu IBM Lotus Symphony. IBM Lotus Symphony, yang awalnya dilancarkan pada tahun 2007 menyediakan tiga aplikasi iaitu Lotus Symphony Documents, Spreadsheet, dan Presentasi....
PDF Tools

PDF Tools ini adalah antara banyak perisian untuk fail pdf. Perisian ini mampu melakukan pelbagai fungsi ke atas fail PDF. Antaranya memisahkan fail PDF, mencantumkan fail PDF, menyusun semula fail PDF dan sebagainya. Encrypt fail PDF antara fungsi lainnya yang dapat menghalang orang lain dari mengedit fail PDF anda. Klik SINI untuk muat turu...
Kerja Kursus ICT Tingkatan 4 dan 5

Bagi memudahlan guru dan pelajar dalam menyelesaikan masalah mencari bahan untuk kerja kursus bertulis, satu ruangan di muat turun disediakan. Bahagian ini bertujuan mempercepat tugasan pelajar diselesaikan. Bahagian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.&nbs...
Rabu, Februari 02, 2011
Seronoknya Tengok Nama Sendiri

Kali terakhir nama keluar di surat khabar lebih kurang 8 tahun lepas dengan tajuk , "Dirotan di sekolah lebih baik dari di penjara" . Setelah lama tidak menghantar cerita ke surat khabar, melihat nama dipilih keluar sekali memang cukup seronok...buat koleksi...Lagi 8 tahun baru hantar yang baru......
Akibat Sepahkan Barang
Apa dah terjadi dengan laptopku ?? Ini siapa punya kerja ni.. Mana pula perginya butang-butang ni semua. "Siapa yang buat ni ?", Saya bertanya... pandang kiri kanan mencari butang tiba-tiba ternampak ..................................
APA NAK KATA !!!! Hmmmmmmm............
Selasa, Februari 01, 2011
Pengajaran Setelah Kehilangan

Kehilangan blog ini selama 10 hari yang lalu memberi pengajaran agar jangan terlalu syok ber'blogging'. Kita harus ingat blog ini adalah percuma !! Macam-macam boleh terjadi. Maka, peluang yang ada ini tidak tentu akan datang berlaku lagi. Untuk menyimpan semua hasil kerja (post ) kita, ikuti langkah yang sangat mudah berikut :
1.Buka dashboard anda. Klik pada setting
2. Pada paparan setting, klik pada export blog dan simpan...
Tahu Potong Je...

Saya tidak pandai sangat guna photoshop. Saya cuma tahu potong je. Membuat muka depan buku rancangan pelajaran pada setiap awal tahun merupakan kegemaran saya. Tahun ini seperti biasa saya membuatnya dan juga untuk rakan-rakan yang biasa minta saya buat. Pada tahun ini saya potong gambar mereka dan cantumkan dengan perisian mengedit gambar yang lain. Lihat lah sendiri hasil yang tak seberapa lawa ni...
...
Teknologi Penambah Tumpuan
Pada Jumaat lalu, buat julung kalinya dikampung tempat saya tinggal kini, penggunaan slaid semasa khutbah Jumaat dilakukan. Apa yang menarik, slaid tentang tajuk khutbah rata-ratanya dapat menambahkan tumpuan dan pemahaman kepada jemaah terhadap apa yang disampaikan oleh khatib jumaat ketika itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika teknologi digunakan pada masa dan tempat yang betul dapat memberi manfaat besar kepada sesiapa yang terlibat...
'Cookies' Yang Tidak Boleh DiMakan

Cookies komputer adalah fail teks kecil yang mengandungi tag ID yang unik, ditempatkan pada komputer anda oleh laman web. Website menyimpan gambar-gambar percuma dengan tag ID yang sesuai. Dalam gambar ini pelbagai maklumat boleh disimpan, dari laman yang dikunjungi di laman web, untuk maklumat sukarela yang diberikan ke laman web. Apabila anda melawat laman hari atau minggu kemudian, halaman dapat mengenali anda dengan memasukkan cookies di komputer...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)