RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Ogos 09, 2011

Paling Teruk Di Malaysia !!!

Saya dihubungi oleh pegawai BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) semasa di sekolah yang bertanyakan tentang maklumat yang mereka perolehi tentang bilangan komputer sekolah saya. Beliau melahirkan rasa terkejut saya kira kerana bilangan komputer bekalan KPM yang masih berfungsi adalah 0 !!! Bagaimana P&P ICT dijalankan ? Menurutnya antara paling teruk di Malaysia... Bangganya...hahaha..

Sememangnya benar kerana setelah hampir 2 tahun perkara ini berlaku. Komputer di makmal komputer telah mendapat surat kelulusan pada Julai tahun lepas. Sehingga kini masih tiada penggantian. Hairannya terdapat sekolah di daerah saya yang mendapat komputer baru tanpa membuat sebarang pelupusan komputer. Apabila ditanya, samada PKG, PPD mahupun Jabatan tidak tahu menahu langsung. Ini kerana penggantian komputer adalah secara terus daripada BTPN. Bagaimana mereka memilih sekolah untuk penggantian komputer masih lagi misteriiiiiiiii....

Saya tidak kisah..apa boleh buat.. surat dihantar tiada jawapan... tunggu sahajalah.. semakin ramai pelajar ICT di sekolah saya...semakin teruk keadaan makmal komputer.. Sekurang-kurang agak bernasib baik terdapat 8 buah komputer pelupusan daripada LHDN Jalan Duta.. Ianya hasil bantuan ibu bapa pelajar di sekolah saya.... Syukur kerana pelajar masih dapat menggunakan komputer walaupun terpaksa berkongsi....

1 comments :

nora shaari berkata...

sabar je la....tapi akak percaya, hamdan memang ckg yg bak

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"