Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

RMMICT@FACEBOOK

Ahad, April 29, 2012

Aplikasi P&P Atas Talian - Edmodo

Edmodo, satu lagi aplikasi atas talian untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dan belajar di dalam dan di luar kelas. Dahulu saya pernah menggunakan aplikasi Whiteboard. Itu pun semasa komputer makmal masih elok. Sekarang sukar kerana komputer makmal yang tinggal tiga empat buah ditambah dengan tidak sampai separuh murid saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah. Namun begitu...

Selasa, April 24, 2012

Hasilan Soal Selidik

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru ICT yang sudi menjawab soal selidik ringkas yang telah saya ajukan secara online baru-baru ini. Soal selidik berkaitan modul pembelajaran ICT (Soalan dan jawapan berdasarkan subtopik) yang saya telah kongsikan bertujuan bagi penambahbaikan dan kajian berkaitan perkongsian.kolaborasi bagi talian. Sebanyak 230 responden yang terdiri daripada guru-guru ict seluruh Malaysia telah diajukan...

Khamis, April 19, 2012

Unit Pengukuran Data (Chapter 2)

Tajuk ini meminta murid-murid untuk menyatakan tentang unit-unit dalam pengukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait. Soalan-soalan yang diberi antaranya meminta murid untuk menukar unit tertentu kepada unit yang lain. Sebagai contoh menukar unit kilobait kepada megabait. Tajuk ini agak mudah namun seringkali kelalaian menyebabkan kesilapan berlaku. Kaedah menghafal sesuai untuk tajuk ini.  ...

Jumaat, April 13, 2012

Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber

Selama 2 hari bermula Khamis hingga Jumaat saya menghadiri Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK anjuran PKG di kawasan saya. Saya tertarik dengan slot hari ini yang membicarakan tentang MBMMBI. Oleh kerana saya tidak terlibat mengenai MBMMBI di sekolah, saya baru mengetahui bahawa CD-CD pengajaran mengenainya telah siap dan ada yang telah diedarkan di sekolah. Saya tertarik dengan CD memperkukuhkan Bahasa Inggeris. ...

Rabu, April 11, 2012

Picasa 3.9

Picasa 3.9 kini membolehkan anda untuk melakukan perkongsian dalam google circles dan tag gambar tersebut seperti di fb. Versi yang baru ini juga menawarkan editing gambar secara bersebelahan dengan efek yang baru. Sila ke pautan INI untuk muat turun picasa 3.9 in...

Rabu, April 04, 2012

Borang Baru Kerja Kursus ICT Tingkatan 4

Borang baru kerja kursus ICT Tingkatan 4 bermula pada tahun ini juga. Ini bermakna, mana-mana kerja kursus bagi tingkatan 4 yang telah dibuat menggunakan borang lama pada tahun ini perlu ditukar. Slaid dibawah oleh pihak LPM secara ringkas  menerangkan perubahan yang berlaku... Atau anda boleh terus ke Ruang Muat Turun Tingkatan 4 bagi mendapat borang-borang baru tersebut. ...

Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT

Saya baru selesai menghadiri Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT yang bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan yang dihadiri oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Negeri, Kawasan, Daerah dan beberapa orang guru ICT ini melibatkan 80 orang yang datangnya daripada zon tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Mesyuarat pada kali ini membincangkan perubahan penskoran pada kerja kursus ICT TIngkatan...

Ahad, April 01, 2012

Tukar Format Fail Video

Memasukkan video yang di download daripada youtube ke Power Point masih memberi masalah kepada ramai murid-murid ict dalam menyiapkan kerja kursus mereka.  Video daripada youtube yang berformatkan .flv sememangnya perlu ditukar kerana power point tidak membenarkan ia berlaku. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan antaranya youtube downloader dan sebagai. Perkara yang menjadi pokoknya di sini adalah sama ada perisian-perisian tersebut...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"