
RMMICT@FACEBOOK
Selasa, Ogos 30, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin ikhlas daripada saya. Semoga hari raya ini membawa kebahagian kepada semu...
Khamis, Ogos 25, 2011
Kursus Integrasi ICT Secara Talian

Khusus untuk guru-guru yang berminat untuk mengikuti kursus anjuran BPG secara atas talian. Boleh disertai oleh setiap guru tidak mengira opsyen. Peserta yang menamatkan kursus dikira 3 hari berkursus dan diminta menghantar pelan tindakan. Merupakan satu aktiviti LADAP secara schoobased. Jika anda berminat sila klik
borang pendaftaran kursus. untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut kursus atas talian....
Khamis, Ogos 18, 2011
Lawatan Penanda Arasan

Pada hari ini, saya bersama-sama 9 orang guru sekolah saya mengadakan lawatan penanda arasan ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SM Sains Kuala Selangor. Sekolah ini menduduki rangking antara 20 sekolah terbaik di Malaysia. Diterajui oleh Pengetua Cemerlang Jusa C, saya dan bersama rakan-rakan guru, buat pertama kalinya melihat, apakah yang telah membolehkan sesebuah sekolah itu diiktiraf sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi. Kesimpulan secara keseluruhan...
Facebook vs Google

Berikut adalah perbandingan antara facebook dan google. Perbandingan melihat dari segi persamaan aplikasi yang ditawarkan oleh kedua-duanya dalam menarik seberapa ramai pengikut setia. Menarik untuk dibaca.
sumber : http://thetechaddicts.com/
...
Rabu, Ogos 17, 2011
Selamat Menyambut Nuzul Al Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya...
Selasa, Ogos 16, 2011
Keperluan Atau Kehendak

Pada pendapat saya, teknologi android yang menjadi kegilaan masa kini memang menarik. Terleka apabila menggunakannya. Almaklum sahaja apabila meminjam orang lain punya memang menarik untuk dipegang. Terasa sangat ingin membelinya. Namun apabila memikirkannya buat kali kedua dan berbincang dengan rakan, perkara penting berikut mulai timbul. Adakah satu keperluan untuk saya memilikinya ? Penting sangatkah ? Perlukah seorang guru ict mempunyainya ?...
Selasa, Ogos 09, 2011
Paling Teruk Di Malaysia !!!

Saya dihubungi oleh pegawai BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) semasa di sekolah yang bertanyakan tentang maklumat yang mereka perolehi tentang bilangan komputer sekolah saya. Beliau melahirkan rasa terkejut saya kira kerana bilangan komputer bekalan KPM yang masih berfungsi adalah 0 !!! Bagaimana P&P ICT dijalankan ? Menurutnya antara paling teruk di Malaysia... Bangganya...hahaha..
Sememangnya benar kerana setelah hampir 2 tahun perkara...
Isnin, Ogos 08, 2011
Nasib Guru Sekolah Biasa

Kini ada sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster dan bermacam jenis sekolah hebat yang lain.. Tidak menafikan rezeki guru sekolah-sekolah hebat ini. Apa yang menjadi kebimbangan adalah nasib guru-guru di sekolah biasa. Apakah kebarangkalian untuk mereka dan dalam kes ini termasuk juga saya merasai apa yang dinikmati oleh rakan guru di sekolah-sekolah hebat yang lain. Kepada guru yang berada di sekolah mana diberikan kepada untuk jawatan-jawatan...
Ahad, Ogos 07, 2011
Permohonan Program Matrikulasi

Bagi pelajar Tingkatan 5 yang berminat, bolehlah membuat permohonan sekarang. Sebelum memohon dapatkan nombor pin dengan membelinya di kaunter Bank Simpanan Nasional.
Syarat Kalayakan
Pelajar perlu mengambil mata pelajaran teras berikut
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Matematik Tambahan
dan 2 Mata pelajaran pilihan yang lain
1. Kimia dan Biologi untuk jurusan Sains (Sains Hayat)
2. Kimia dan Fizik untuk jurusan Sains...
Isnin, Ogos 01, 2011
Salam Ramadhan Al Mubarak

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan di tambat."... Syaitan telah tiada...... yang tinggal adalah nafsu semata... Semoga mendapat pahala penuh berpuasa... Selamat berpuasa kepada semua pembaca rmmictgroup.....
Langgan:
Catatan
(
Atom
)