Selaras dengan pemansuhan PPSMI, subjek ICT juga tidak terkecuali akan berubah semula kepada TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi). Pada tahun hadapan tingkatan 4 akan mula diajar dalam bahasa melayu. Seterusnya pada 2013, SPM subjek TMK akan bermula. NAMUN begitu bagaimana pula dengan silibusnya. Melalui info yang saya perolehi, belum ada perubahan besar dari silibus untuk tahun hadapan. Guru masih menggunakan apa yang ada cuma pengajaran sahaja yang dilakukan sepenuhnya dalam bahasa melayu. Secara berperingkat bahan-bahan pengajaran dalam bahasa melayu dibuat (buat sendiri !!)
Perubahan drastik yang akan berlaku adalah apabila KSSM bermula. Dapatan awal tidak rasmi adalah 6 Learning Area sedia ada kini akan hanya menjadi 5 sahaja. Learning Area 1 akan dipecahkan. Tingkatan satu hingga 3 akan mempunyai subjek ict (nama subjek belum diputus secara rasmi) di mana kebanyakan topik learning Area 1 akan berada di situ. Diberitakan juga Ms Access (topik database) akan diganti dengan MySQL. jadi jika guru ict tidak mahir, maka boleh la mula belajar serba sedikit agar jika ia menjadi kenyataan tidaklah terkejut sangat nanti..
**info-info ini diperolehi semasa mengikuti mesyuarat dengan BPK tahun lepas dan awal tahun ini dimana saya tidak lagi mengikutinya kerana dah penat... Barang diingat, ianya belum rasmi lagi...sebarang perubahan saya tidak bertanggungjawab ke atasnya...jadi saya minta maaf awal2..jika tak sama dengan kenyataan diatas...
2 comments :
patut lama dah tukar silibus. teknologi benda yg plg pantas skg..ict sntiasa berubah2..
agak2 la... berapa tahun sekali ict patut tukar silibus... bahagian mana pulak yang patut ditukar ...jom kongsi idea anda...
Catat Ulasan