Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

RMMICT@FACEBOOK

Rabu, Julai 25, 2012

Ramadan Yang Sibuk

Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa....

Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadan Tiba Lagi

Alhamdulillah..Ramadan tiba lagi. Syukur sekali lagi kita diberi peluang menempuhinya. Bersama kita berdoa agar Allah s.w.t memberikan kita kekuatan menjalankan ibadahNya dengan penuh kesabaran, ketenangan dan menerima amalan kita.. InsyaAllah....

Selasa, Julai 17, 2012

Kursus Klip Video

Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam...

Slaid P&P TMK Tingkatan 4

Berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4. Slaid P&P ini boleh dilihat pada ruangan yang telah saya sediakan di blog ini atau anda boleh terus ke slideshare saya. Jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi....

Ahad, Julai 15, 2012

Bina Kuiz Atas Talian

Aplikasi internet ini membolehkan anda membina kuiz khusus untuk kelas yang anda daftarkan. Aplikasi internet ini turut membolehkan anda memasukkan fail-fail multimedia. Antara kemudahan lain yang diberi termasuklah mewujudkan 'timer' bagi murid menjawab soalan, menghantar email kepada murid bagi mengingatkan mereka menjawab kuiz, paparan keputusan untuk murid dan sebagainya. Pada pendapat saya, untuk pengguna baru, anda perlu memahami sepenuhnya...

Selasa, Julai 10, 2012

Teknik Menjawab Soalan ICT

Teknik menjawab soalan ICT bagi murid-murid  tingkatan 5 telah dilaksanakan pada hari ini. Seperti tahun lepas, Ketua Pentaksir Kebangsaan & pemeriksa kertas ICT Cikgu Choo Keng Fook dijemput bagi menyampaikan ceramah. Moga-moga murid-murid yang mengikutinya telah dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar kelak.&nbs...

Ahad, Julai 08, 2012

Tukar Bahan PDF Kepada Majalah Atas Talian

Youblisher adalah aplikasi internet yang dapat menukarkan bahan-bahan PDF anda kepada bentuk majalah atau buku. Seperti majalah atau buku, kita perlu menyelak setiap halaman bahan-bahan yang telah siap dimuat naik. Di samping itu bahan-bahan juga boleh di'embed' ke dalam blog atau pun laman web. Youblisher boleh menjadi salah satu pilihan bagi guru menerbitkan bahan-bahan P&P bagi murid-murid. Anda boleh KLIK untuk ke laman youpublis...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"