RMMICT@FACEBOOK
Khamis, April 14, 2011
Hilangkan Password Trend Micro Office Scan
Seperti mana antivirus yang lain Trend Micro mempunyai fungsi password bagi mengelakkan perisian ini boleh diunsinstall. Bagaimana pun jarang pengguna pc atau laptop individu yang meletakkan password untuk antivirusnya. Walaubagaimanapun ia tidak berlaku jika pc atau laptop adalah milik organisasi contohnya. Untuk menguninstall perisian ddan membolehkan perisian antivirus lain diinstall ikuti langkah-langkah berikut...
Selasa, April 12, 2011
Mesyuarat Panitia ICT Negeri Selangor 2011
Bertempat di Dewan Utama Jabatan Pelajaran Selangor, mesyuarat panitia ICT Negeri Selangor telah diadakan. Ini merupakan mesyuarat kali pertama pada tahun ini.. Pengisian mesyuarat pada kali ini adalah berkaitan analisis matapelajaran ICT SPM 2010. Guru-guru yang kebanyakan ketua panitia ICT turut didedahkan dengan langkah-langkah pengisian headcount untuk sekolah masing-masing. Setelah...
Isnin, April 11, 2011
Persamaan Antara Perkakasan/Perisian Komputer & Tubuh Manusia
Jika komputer disamakan dengan tubuh manusia, bahagian mana yang fungsinya boleh dikatakan sama. Adakah sama atau hampir sama atau tidak sama langsung. Satu yang pasti, komputer tiada emosi seperti kita. Mari kita lihat pelbagai pendapat mengenainya.
Ahad, April 10, 2011
Keselamatan Siber Di Malaysia
Apa yang anda tahu tentang keselamatan siber di Malaysia. Apakah peranan kerajaan dalam menangani isu keselamatan siber di negara kita. Kementerian yang bertanggungjawab dalam keselamatan siber di Malaysia adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi. Kita boleh mengetahui tentang keselamatan siber di Malaysia dengan melayari laman web http://www.cybersecurity.my . Pelbagai info boleh kita perolehi di laman web ini. Sekali sekali kita perlu jenguk-jenguk juga laman-laman web seperti ini.
Jumaat, April 08, 2011
Perkhidmatan Email Percuma Paling Popular
Bilakah anda mula mempunyai email ? Berapa banyak email yang anda ada ? Perkhidmatan email mana yang anda gunakan ? Jika kita lihat riview di pelbagai laman web yang memaparkan senarai perkhidmatan email secara percuma , tempat kedua dan seterusnya tidak sama dan berbagai macam. Cuma tempat pertama sahaja ....
Isnin, April 04, 2011
Hacker Je Yang Kena....
Jika kita membaca di forum-forum, terdapat perbezaan pendapat antara hacker dan cracker.. Ada yang mengatakan kedua-duanya adalah sama manakala selebihnya terdapat perbezaan besar antara keduanya. Hacker menurut pendapat adalah individu yang..
Ahad, April 03, 2011
Ketahui Tentang Komputer Forensik
Komputer forensik telah menjadi salah satu cabang penting terutamanya dalam mengendalikan kes-kes berkaitan dunia digital. Tujuan komputer forensik adalah mengenalpasti, memelihara, memulihkan, menganalisis dan menyajikan fakta dan pendapat tentang maklumat. Tidak terhad kepada perkara berkaitan jenayah, ia turut terlibat dalam tujuan lain terutamanya pemulihan data-data yang rosak, hilang dan sebagainya. Sejarah komputer forensik bermula ..
Rabu, Mac 30, 2011
Ruang Simpan Data Yang Besar
Bagi mereka yang masih mencari ruang simpanan data secara online, anda boleh cuba untuk menggunakan howfile.com. Untuk pengguna secara percuma, ruang yang diberikan adalah sehingga 10gb. Untuk premium pula sebesar 200gb. Bagi saya, 10gb memang cukup besar apatah lagi jika ingin menyimpan data sahaja. Lain lah jika ingin menyimpan video, ruang yang sangat besar memang diperlukan. Klik SINI untuk daftar.
Selasa, Mac 29, 2011
Ranking Malaysia Jatuh Lagi..
Jika ranking pasukan bola sepak Malaysia semakin naik, ranking Malaysia dalam internet dari segi kelajuan Muat Turun dan Muat Naik nampaknya semakin jatuh.. Entri terakhir saya pada Mac 2010, Malaysia berkedudukan ke 86 dari segi Muat Turun.. Kali ini selepas setahun jatuh ke tempat 96.. Unifi sana Unifi sini..kenapalah tak laju-laju jugak lagi... Anda klik sendiri tengok sendiri explore sana sini dan nilai la sendiri di SINI.
Isnin, Mac 28, 2011
Padam Data Dalam Hard Disk Tanpa Boleh Di 'Korek' Semula
Walaupun data, gambar atau apa sahaja telah di 'delete' pada Cakera keras (hard disk) ia masih boleh di dapatkan semula. Terdapat pelbagai perisian seperti dalam entri-entri saya sebelum ini yang membolehkan anda mendapatkan semula data yang hilang. Selamat mencuba beberapa kaedah yang begitu berkesan yang boleh anda gunakan bagi mengelakkan data yang telah didelete di 'korek' semula ...
Sabtu, Mac 26, 2011
Inovasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran ICT
Tidak cukup rasanya jika belajar atau mengajar mata pelajaran ICT dengan kaedah biasa. Guru-guru ICT khasnya perlu memandang jauh bagaimana P&P ICT dapat dijayakan dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai inovasi telah dicipta bagi tujuan P&P ICT namun tidak ramai guru-guru ICT yang tahu mengenainya. Inovasi adalah sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaanya. Saya sendiri mengakui bahawa saya tidak kreatif dan kritis dalam memikirkan inovasi dalam P&P ICT. Apa yang saya harapkan jika ada pembaca blog ini merupakan guru tidak kira guru ICT atau tidak atau sesiapa sahaja dapat BERKONGSI inovasi yang telah dibuat atau boleh dibuat untuk mata pelajaran ICT khususnya. Berkongsi ilmu membolehkan kita mendapat ilmu yang lebih banyak..InsyaAllah... Dengan perkongsian tersebut maka saya bercadang mewujudkan satu ruangan inovasi di blog ini tidak lama lagi dengan memaparkan inovasi yang telah ada atau idea-idea baru bagi memantapkan lagi P&P ICT di sekolah...
Sejarah Ringkas Tetikus
Nama asal bagi mouse ialah bug tetapi kerana tali atau kabel pada peranti ini menyebabkan sebutan mouse lebih selesa digunakan. Penciptaan mouse bermula pada awal 60an oleh Douglas Engelbart dari Institut Penyelidikan Stanford. Penciptaan mouse ini bertitik tolak dari penciptaan trackball yang telah bermula di awal 50an lagi. Pada ketika itu trackball tidak terbuka kepada penggunaan rakyat biasa. Secara tepat pada tahun 1963, Douglas Engelbart dan rakan sekerjanya Bill English yang merupakan antara pelopor human-computer interaction telah mengeluarkan prototaip mouse yang pertama. Agak malang bagi Douglas..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)













