Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Julai 19, 2011

Adakah Password Anda Cukup Kuat

Penggunaan password (kata kunci) adalah sesuatu yang lumrah di dunia internet. Hampir kebanyakan  perkara memerlukan password. Adakah anda yakin bahawa password yang dicipta telah cukup kuat bagi mengelakkan daripada diketahui oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti spyware misalnya  ? Ramai antara kita menggunakan satu atau dua password yang sama untuk banyak perkara. Sudah tentu keselamatanya tidak terjamin namun ia mudah diingat. Jika terlalu banyak password, lupa adalah satu daripada masalahnya. Terdapat banyak laman web yang membolehkan anda membina password yang kuat namun juga ringkas untuk anda.... Boleh la jika sekadar untuk kita mencuba...

safepasswd









maord







simplepassword









hashapass









strongpasswordgenerator






passwordbird







goodpassword


sumber : http://techchai.com/

Isnin, Julai 18, 2011

Kali Ini Senang Sedikit

Tidak sedar masa berlalu pantas. Minggu Teknik & Vokasional kembali lagi di sekolah saya. Impian mengalahkan johan memasang tayar tahun lepas tidak kesampaian. Namun kali ini berjaya mendapat tempat kedua !! Pada tahun lepas (klik untuk entri setahun yang lalu) langsung tiada nombor kerana tiub yang dipasang bocor apabila dipam.. Satu pencapaian membanggakan pada tahun ini...hahaha..

Khamis, Julai 14, 2011

Cabaran Membudayakan ICT Di Sekolah (Bahagian 2)

Membudayakan ICT di sekolah dikalangan murid-murid dianggap lebih mudah. Ini kerana guru berperanan untuk mengarah secara terus murid-murid agar menggunakan ICT. Dengan langkah yang telah diatur terlebih dahulu, guru dapat memastikan bahawa murid-murid mereka terlibat secara langsung menggunakan ICT dalam pembelajaran mereka. Tetapi bagaimana pula jika masalah itu datangnya dari guru sendiri. Anggapan sesetengah guru mengatakan mereka terlalu tua untuk belajar dan menggunakan ICT dalam P&P adalah tidak munasabah !!. Seorang guru di sekolah saya, berumur 50an, tidak sah padanya (atau lebih tepat... beliau berasa susah) jika tidak menggunakan LCD semasa mengajar. Mengajar mata pelajaran sejarah memberi kelebihan kepada beliau apatah lagi jika menunjukkan contoh yang boleh terus di dapati daripada internet. Saya kagum !! Pada pendapat saya, guru-guru kini telah terdedah kepada ICT secara tidak langsung. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai email cuma mungkin jarang menggunakannya. Bagaimana atau cara mana guru-guru boleh menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk digunakan dalam P&P menjadi satu persoalan yang lain. Siapa yang perlu mengambil inisiatif dalam membantu guru-guru menggunakan ICT didalam P&P mereka ? Guru ICT ??? Ya mungkin.. Maka satu kursus dalaman perlu dilakukan.. bersambung lagi.....

Khamis, Julai 07, 2011

Chromebook - Komputer Generasi Baru, Web Sepenuhnya

Ia adalah laptop, tetapi bukan laptop dalam erti kata sebenarnya.  Apa yang ada di dalamnya adalah web sepenuhnya. Buka sahaja chromebook ini kita akan terus ke web. Semua kerja seperti aplikasi kerja, simpan kerja dan segalanya adalah melalui web. Lebih tepat mengamalkan cloud computing . Web browser nya sudah tentu google chrome. Dilancarkan pada 15 Jun yang lalu. Hanya dua jenama bagi chromebook setakat ini iaitu Samsung dan Acer. Diwar-warkan hanya perlu 8 saat untuk chromebook ini boot dan terus dibawa ke web bergantung juga kepada capaian internet di sesuatu tempat. Belum lagi dijual di Malaysia kerana baru mula dijual di US dan beberapa negara eropah. Anda boleh membacanya di  ..
http://googleblog.blogspot.com/2011/05/new-kind-of-computer-chromebook.html
http://www.google.com/chromebook/#chromebooks
http://www.itpro.co.uk/634234/chromebook-available-for-pre-order

Adakah berbaloi membelinya apabila ia tiba kelak ?  Di Malaysia, amalan cloud computing belum boleh dikatakan berjaya dalam ertikata sebenarnya. Semua perkara yang kita biasa buat kini di dalam PC atau Laptop berada di alam maya. Capaian internet di negara kita perlu benar-benar meluas baru penggunaan maksimum menggunakan chromebook ini boleh dicapai. Jika negeri maju seperti Selangor yang mana masih terdapat beberapa tempat, broadbandnya sukar didapati, apatahlagi negeri-negeri yang mempunyai kawasan pendalaman yang benar-benar dalam. Kita tunggu sahaja kemunculanya di negara kita.. Jika apa yang saya baca, harganya dalam lingkungan 349 - 399 pound atau lebih kurang Rm 1678 - 1918 .. Murah...???? Jom beli...

Rabu, Julai 06, 2011

Print Screen 2

Sebelum ini perisian untuk menangkap gambar (capture) yang saya cadangkan adalah snagit. Apa kata jika kali ini kita gunakan satu lagi perisian yang hampir sama iaitu picpick.  Perisian pada pendapat saya menawarkan lebih banyak kemudahan untuk penggunanya. Menghantar gambar terus ke Facebook, Twiiter, PTP adalah kelebihannya berbanding perisian menangkap gambar yang lain. Picpick turut menawarkan pelbagai cara / jenis untuk menangkap(capture) gambar..sila lihat klik SINI untuk muat turun. .. Seperti biasa software ini tidak datangkan dengan PERCUMA.. ia perlu dibeli..saya tidak bertanggunjawab jika anda menggunakan perisian cetak rompak..

Isnin, Julai 04, 2011

Amalan Menjaga Keselamatan Komputer

Secara umumnya, bagi pengguna komputer biasa mengetahui bahawa komputer memerlukan perisian antivirus bagi menjaga keselamatan komputer mereka. Tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa mempunyai antivirus bukanlah satu-satu aspek yang perlu ada dalam menjaga keselamatan komputer. Terdapat beberapa perkara atau aspek penjagaan komputer yang perlu diambil kira dan ia juga tidak kurang pentingnya. Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - gunakan yang berlesen dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisian antispyware.

2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. Terdapat kes di mana rakan sekerja berjaya memasuki email rakannya dengan hanya mencuba nombor ic. Seterusnya dengan begitu banyak aplikasi yang disertai seperti email, facebook, twitter dan sebagainya, adalah tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama. Dari segi aspek mengingat kata laluan adalah mudah namun dari segi keselamatan, ia tidak praktikal digunakan . Pasti anda sendiri tahu mengapa.

3. Buat sandaran data - Sentiasalah buat  sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan.

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web  untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. Jika tidak pasti, adalah disarankan menggunakan sedikit masa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengetahui. Terdapat banyak kes di mana, pengguna tidak sedar memuat turun  bahan yang dikehendaki bersama-sama dengan spyware (pengintip cyber) tanpa disedari. Spyware yang dimuat turun tanpa anda sedar ada yang berupaya memasang sendiri secara automatik ke sisitem komputer anda dan tanpa anda sedar juga mencuri data maklumat anda. Kadang-kadang spyware akan menyebabkan sistem anda rosak dan perlu diformat sebagai jalan terakhir membetulkan komputer/laptop anda.

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya  datang dengan tajuk yang menggoda dan merisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah. Ada kes, guru ICT sendiri telah terkena.. Hairan hairan....

6. Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out sebagai contoh laman bank atau email, maka tidak mustahil ia bakal dicerobohi. Komputer yang terpasang dalam keadaan online yang terlalu lama juga boleh menyebabkan spyware mengunjungi anda...

7. Tutup komputer dengan cara betul - berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. Bagi pengguna laptop, menutup dengan membiarkan ia dalam keadaan standby bakal mempercepatkan lagi laptop anda kondem !!! Rakan saya sendiri telah terkena....

**Oleh itu... 'Selamat beramal !!!"...entri yang turut mengingatkan diri sendiri kerana benda biasa yang diketahui inilah yang biasa kita buat tak reti....


sumber asal : http://www.100penulis.com/

Ahad, Julai 03, 2011

Cabaran Membudayakan ICT Di Sekolah (Bahagian 1)

Menyambung entri sebelum ini, terdapat beberapa cabaran yang sering dihadapi dalam membudayakan ict di sekolah. Saya ini membincangkan perkara ini berdasarkan murid-murid sekolah saya sendiri. Tidak wajar saya membincangkan secara keseluruhan kerana ianya tidak sama berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, kualiti hidup setempat, masyarakat dan sebagainya. Kawasan tempat saya diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar namun kini berkembang pesat sebagai sebuah kawasan yang maju. Internet tidak menjadi masalah disini. Pusat pendidikan terhampir adalah unisel (Universiti Industri Selangor). Jadi, apa masalahnya ? Sebenarnya apa yang menjadi masalah di sini adalah sikap murid-murid itu sendiri. Mungkin juga kerana tiada komputer berinternet di rumah, mungkin juga kerana tiada peluang menggunakan sepemnuhnya kemudahan internet di sekolah, mungkin juga kerana tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakan komputer atau internet untuk tujuan pembelajaran. Apa yang saya masih saya perhatikan terhadap pelajar tingkatan 1 dan 2 yang belajar literasi komputer dan juga pelajar ict tingkatan  4 dan 5, mereka lebih terarah untuk menggunakan komputer atau internet khusus untuk tujuan keseronokan. Games dan facebook antara contohnya. Penggunaan facebook khususnya menjadi tempat untuk pelajar mempamerkan diri sendiri melalui foto. Sudah kerap ditegur, namun keseronokan mempamerkan wajah dan tubah badan ditempat yang sepatutnya masih dilakukan. Mereka tidak malu untuk 'add friends' guru mereka dan secara tidak langsung membuka pula sikap sebenar mereka diluar. Apa yang terjadi kini adalah BUDAYA ICT yang dibawa ke sekolah adalah tidak selaras dengan apa yang sepatutunya murid-murid lakukan. Antara cara yang cuba saya lakukan antaranya melakukan pelbagai pertandingan yang melibatkan ICT namun sangat kurangnya sambutan yang diberikan. Laman web sekolah bukanlah tempat utama untuk mereka lawati dalam mendpatkan berita dan maklumat terkini tentang sekolah. Pada tahun sahaja tidak kurang 3 pertandingan melalui laman web sekolah telah dilakukan. Namun sambutan sangat dingin. Hinggakan ada pertandingan yang cuma meminta mereka memasukkan nama dan kelas sahaja dan masih tiada sambutan. Promosi sudah dilakukan di papan-papan tanda buletin sekolah, pengumuman di perhimpunan, di kelas.. Saya masih belum berputus asa, sesungguhnya membudayakan ict dikalangan murid-murid menuntut usaha yang keras...

Sabtu, Julai 02, 2011

Membudayakan ICT DI Sekolah

Setelah sekian lama, ayat 'membudayakan ict di sekolah' didengar di negara kita. Apakah hasil daripadanya ? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam melaksanakannya? Apakah kriteria yang diguna pakai dalam menentukan sesebuah sekolah itu berjaya dalam membudayakan ict di sekolah ? Sekolah manakah yang diketahui berjaya sepenuhnya dalam perkara ini ? Apakah langkah yang perlu dilakukan dalam memastikan sesebuah sekolah terus membudayakan ict ? Bagaimana dengan peranan kerajaan amnya dan kementerian pelajaran khususnya ? PIBG pula bagaimana  ? Adakah ibu bapa juga perlu bersama-sama menjayakan hasrat membudayakan ict ini ? Jika ya, bagaimana pula caranya ? SEBENARNYA, terlalu banyak persoalan yang ada... kebanyakannya pada pendapat saya adalah terlalu sukar untuk dijawab... Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak pihak yang terlibat... Kita tidak boleh HANYA berkata, semua pihak harus bersama-sama berganding bahu menjayakannya.. Jika ramai pihak tidak SEDAR bagaimana pula? Cara untuk menyedarkan pihak-pihak terbabait bagaimnana ?  Terkeluar lagi satu persoalan !!! Saya sendiri sebagai guru ict dan dibantu 4 lagi guru ict yang ada di sekolah saya tidak mampu menjayakan perkara ini SEPENUHNYA.... Namun ini tidak bermakna saya dan rakan lain perlu mengalah... Saya lebih senang untuk meneruskan apa yang dilakukan kini mengkut prosedur kerja sebagai guru ict, ketua panitia ict dan penyelaras bestari...Di samping itu, secara berterusan berkongsi apa sahaja ilu ict yang ada...belajar perkara baru dan kongsikan pula ilmu baru yang diperoleh itu..Ilmu ict terlalu luas, tiada yang boleh mendakwa tahu segalanya... apa yang penting berkongsi... kerana berkongsi bermakna anda prihatin.. Sharing is caring !!!

Jumaat, Julai 01, 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ICT

Saya percaya, bermula bulan Julai ini merupakan bulan yang sibuk untuk guru-guru ICT tingkatan 5 khasnya. Ini kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah ICT akan bermula. Saya percaya kerana saya pun sibuk dengan PBS ini. Asyik mengejar pelajar yang belum menyiapkan kerja kursus. Perkara ini  saya rasa merupakan senario yang sangat biasa. Almaklumlah...perangai anak-anak murid ni bermacam ragam..Biasa buat selamba sahaja walaupun tahu, PBS ICT ini memeberikan 30 markah dalam peperiksaan SPM mereka...Hmmmm... entah la.....

Jumaat, Jun 24, 2011

Perisian 'Driver Backup'

Menyimpan pemacu (driver)  pc atau laptop sangat penting apabila ia gagal berfungsi dan langkah akhir iaitu format perlu dilakukan. Bagi mereka yang kedai komputer berhampiran dan apatah lagi upah untuk mem'format' di kedai adalah murah (lebih kurang RM20 sahaja) maka perkara ini tidak begitu penting. Namun bagi sesetengah antara kita, apabila berlaku sesuatu yang memerlukan pc atau laptop perlu cepat dibaiki maka sesalan akan dirasai jika 'backup driver' tidak dilakukan. Sebelum ini saya menggunakan Magician driver , namun atas rasa tidak mudah berpuas hati, saya  mencari perisian-perisian lain yang seumpamanya. Saya menjumpai perisian Double Driver dan mencubanya. Tidak mengecewakan kerana ianya percuma. Mempunyai kebolehan Restore Driver adalah satu bahagian yang perlu dititikberatkan jika ingin mencari perisian berjenis ini. Anda boleh memuat turunnya di SINI. Fail yang di muat turun adalah fail mampat (compressed file).

Ditunjukkan apabila anda telah membuka fail mampat tersebut... (klik pada gambar untuk membesarkannya)



Ini adalah paparan double driver ....



















*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda....

Khamis, Jun 23, 2011

Kira Berapa Kali Bunyi Beep Itu !!!

Bunyi beep adalah panduan kegagalan fungsi bahagian perkakasan atau sistem dalam komputer. Ini akan menjadi asas kepada tindakan lanjutan pengguna apabila komputer menghadapi sesuatu masalah.. Apa yang menjadi masalah adalah bagaimana untuk mengira bunyi beep tersebut. Oleh itu kita perlu peka kepada bunyi yang dihasilkan kerana terdapat selang masa berbeza yang membolehkan kita mengetahui sama ada bunyi beep itu sekali, dua kali, tiga kali atau seterusnya... Mari kita lihat beberapa bilangan beep yang dihasilkan yang menunjukkan kepada kegagalan fungsi bahagian perkakasan atau sistem dalam komputer.


1. (1 kali BEEP) - System board/BIOS ROM gagal fungsi
2. (2 kali BEEP) - RAM gagal dikesan
3. (3 kali BEEP) - System board / chipset gagal berfungsi
4. (4 kali BEEP) - RAM read/write gagal berfungsi
5. (5 kali BEEP) - Real time Clock gagal berfungsi
6. (6 kali BEEP) - Video Card gagal berfungsi
7. (7 kali BEEP) - Processor gagal berfungsi
8. (8 kali BEEP) - Display gagal berfungsi

Saya juga kadang-kadang keliru berapa kali bunyi beep ini.... Selamat mendengar...






sumber : www.myictrooms.co.cc

Selasa, Jun 21, 2011

Penyakit Berjangkit...Bila 'Folder Jadi Shortcut'

Seperti penyakit, folder menjadi shortcut di dalam thumbdrive atau external hardisk semakin menjadi-jadi pula di kalangan ramai orang dan ini termasuklah kepada saya sendiri..hahaha.. Tidak semestinya folder menjadi shortcut malah fail yang ada tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saya ingin terangkan sekali lagi secara terperinci bagaimana hendak mengembalikan semuanya kepada asal..










Ini adalah paparan external hardisk saya yang telah dijangkiti...
































Pertama sekali ada perlu ada program utiliti WinRar...Buka WinRar anda...






























Cari external hardik tadi.... Paparan menunjukkan tiada fail shortcut dan fail yang hilang juga telah timbul...
Jangan ingat kita boleh menarik keluar begitu sahaja... Biarkan sahaja winrar anda terbuka .....

















































Seterusnya, klik start pada taskbar dan cari run... klik pada run tersebut...












Taip perkataan cmd




















paparan berikut akan terpapar...





























taip perkataan berikut padanya..... attrib -h -r -s /s /d  f:\*.*   (perhatikan f:\*.* ...  itu adalah pengistiharan untuk thumbdrive atau external hardisk anda... jika k..maka gantikan dengan k.. dan begitulah jika lain-lain...)




































langkah seterusnya... Enter sahaja...


setelah selesai... buka semua thumdrive atau external hardisk anda... fail telah kembali..namun fail shortcut masih ada... jangan risau..... delete kan sahaja... selamat mencuba..dan berkongsi dengan orang lain...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"