RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Disember 21, 2009

Seminggu tanpa 'new post'

Hampir seminggu tanpa menulis sebarang pos dihabiskan dengan pelbagai aktiviti keluarga. Sambil-sambil tu baca mana-mana blog yang saya follow. Sebelum ni asyik sibuk follow jadi kuranglah membaca apa yang penulis blog itu tulis. Dari pengamatan saya berdasarkan blog-blog yang di 'follow' (dengan izin..), kebanyakan penulis-penulis blog ini rata-ratanya adalah remaja. Ini memberikan petunjuk kepada beberapa perkara. Antaranya menunjukkan internet bukan lagi satu perkara asing bagi remaja di Malaysia dan juga membuktikan bahawa remaja-remaja Malaysia sangat suka menulis dan berkongsi bermacam perkara sama ada berkaitan peribadi atau sebagainya. Banyak 'follower' menunjukkan banyak pembaca dan popular. Jangan kita cemburu jika blog remaja yang paling ramai 'followe' dan popular.  Agaknya kenapa ramai golongan terpelajar seperti pensyarah dan sebagainya kurang menjadikan blog sebagai medium mereka untuk berkongsi ilmu dan percambahan minda?? Ini tidak terjadi di lain negara. Saya berikan link kepada blog-blog pendidikan di luar negara (KLIK SINI).. Saya dalam proses mengumpul blog-blog pendidikan di dalam negara. Sekadar untuk membuktikan bahawa negara kita juga tidak ketandusan blog-blog terpelajar.. Jika ada yang telah mengumpul seperti saya harap dapat kita berkongsi. Berjumpa lagi untuk pos cerita ICT nanti...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"