RMMICT@FACEBOOK

Rabu, November 18, 2009

Untuk Teman-Teman Pendidik (1)

Seiring dengan perkembangan dunia web 2.0 masa kini, bagaimanakah caranya dapat kita memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini. Cukupkah jika kita sahaja yang mengaplikasikannya tanpa berfikir bagaimana boleh kita libatkan bersama para pelajar kita. Termasuk juga kepada diri saya sendiri, tidakkah kita terfikir bahawa penggunaan teknologi web2.0 dengan penglibatan pelajar dapat memberi pengalaman seterusnya meningkatkan pengetahuan pelajar. Penglibatan pelajar bermaksud pelajar terlibat sekali dalam menggunakan teknologi dan tidak cukup jika kita sahaja sebagai pendidik menggunakan teknologi secara sehala iaitu menunjukkan sahaja. Pada pendapat saya...
perkara no 1 yang paling UTAMA dan paling MUDAH adalah perlunya semua pelajar mempunyai EMAIL . Email kini berfumgsi tidak terhad kepada menghantar dan menerima maklumat. Tidak perasankah kita hampir semua aplikasi dalam web2.0 memerlukan penggunanya mengistiharkan email mereka? Dengan email barulah kita boleh menggerakkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan GOOGLE  menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kita sebagai pendidik menggunakan teknologi web2.0 bersama para pelajar kita. ..bersambung... (harap-harap ada komen dari anda pembaca...)

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"