Terdapat pelbagai laman yang menawarkan storan untuk anda pada masa kini. Maksud mudahnya bagi mereka yang baru ingin mengetahui adalah cara yang saya gunakan pada bahagian memuat turun dalam blog ini. Seperti yang disebut dalam pos sebelum ini (storan untuk blogspot) saya menyalin (copy) url fail yang saya simpan pada wordpress dan menampalnya (paste) pada blogspot ini. Maka jika sesiapa memuat turun fail pada blog ini bermaksud mereka sebenarnya mengambil fail yang...
disimpan pada blog wordpress saya. Terdapat banyak laman yang menawarkan perkhidmatan storan untuk anda. Terpulang kepada anda yang mana satu menjadi pilihan. Pilihan bergantung kepada beberapa perkara, antaranya berapa besar saiz storan yang diberi, adakah mudah untuk memuat naik(upload), adakah menawarkan banyak jenis format yang boleh dimuat naik, adalah laman tersebut mesra pengguna seperti boleh mencari fail-fail orang lain yang tersimpan didalam dengan mudah dan beberapa perkara lagi. Seperkara yang penting adalah janganlah kita tamak untuk mendaftar dengan pelbagai laman dengan maksud mempunyai storan yang banyak. Saya sehingga kini tetap dengan storan wordpress yang menawarkan 3GB storannya. Sehingga kini saya cuma menggunakan 3 % sahaja daripada banyaknya fail yang boleh di muat turun dalam blog ini. Antara laman yang boleh anda gunakan selain wordpress sebagai storan anda adalah 4shared, dropbox dan mediafire..
0 comments :
Catat Ulasan