Google Wave adalah sebuah aplikasi untuk komunikasi 'real time' dan kolaborasi. Gelombang(wave) boleh menjadi sebuah perbualan atau dokumen di mana orang boleh berbincang dan bekerja bersama dengan menggunakan teks, foto, video, peta, dan banyak lagi.
Apa itu gelombang(wave)?.... klik teruskan membaca..
Gelombang dapat dibahagikan. Setiap ahli dalam sebuah kumpulan google wave boleh menjawab di mana sahaja adanya mesej, mengedit kandungan dan menambah ahli. Kemudian dimainkan balik yang memungkinkan siapa saja mengundurkan gelombang untuk melihat siapa yang berkata dan apa yang dikata.
Sebuah gelombang yang hidup. Dengan siaran langsung semasa anda menaip, para ahli pada gelombang boleh berbual lebih cepat, lihat pengeditan yang dilakukan dan berinteraksi secara real-time.
Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan semua google wave pada masa kini terhad penggunaannya. Kita perlu mendaftar untuk menerima update tentang Google Wave's yang sedia ada ataupun jika anda seorang administrator Google Apps maka ia boleh digunakan di domain anda
0 comments :
Catat Ulasan