RMMICT@FACEBOOK

Jumaat, November 06, 2009

Ciri-ciri blog ..

Hari-hari saya buka blog orang..dah jadi hobi pulak.. Melihat kepada paparan antara muka blog-blog tersebut , tergerak hendak memberi pendapat tentang ciri-ciri blog tersebut. Bukan hendak kata blog in bagus, cuma hendak berkongsi tentang pendapat saya.  Terdapat banyak pautan yang menyatakan tentang ciri-ciri blog yang baik. Kebanyakan menyatakan perkara yang sama.. Tapi saya lain sikit kot ...secara ringkas, pada pendapat saya...

Pendapat ini adalah pendapat peribadi..
i. Tajuk blog mesti berkaitan dengan isi kandungan blog.. contoh...katakan url blog http://samadhanif.blog.com ..tajuk blognya muzik dan gitar.. apabila di baca.. banyak gambar peribadi.. bukankah tak kena? url itu sendiri menyebabkan orang sukar nak masuk..lainlah artis.. tajuk blog tidak sama dengan isi kandungan.

ii. Berbalik kepada tajuk, seharusnya tajuk mestilah sama atau hampir-hampir sama dengan isi cerita yang hendak disampaikan.

iii. Tetapkan blog anda berkaitan apa. Jika tajuknya muzik dan gitar , pastikan 80% berkaitan muzik dan gitar, kurangkan cerita peribadi..begitu sebaliknya..namun begitu jika rasanya akan banyak cerita peribadi, tambah 'description' (penerangan) pada tajuk blog.. contoh.. kukongsi pengalaman dan cintaku pada gitar..

iv. Hadkan bilangan pos pada muka hadapan, anggarkan berapa pos yang hendak dipaparkan. JANGAN biarkan terlalu banyak pos di muka hadapan. Ini menjadikan 'loading page' lama dan PALING teruk.. berjela-jela ke bawah.. PENAT 'scroll' la lu punya blogg......

v. Bagi mengelakkan perkara di atas, dapatkan templet yang memberikan arahan "teruskan membaca" pada posnya .. menjimatkan ruang.. nampal kemas.. contoh  templet.. layari.. http://sifoobestari.blogspot.com/ .. Templet blog ini pula tidak memberikan aplikasi tersebut..perlu di masukkan 'coding'..lihat kategori 'tunjuk cara'..

vi. widget yang dimasukkan adalah terpulang, namun yang penting adalah cara susunannya pada blog anda. Pada pendapat peribadi saya.. widget pada blog ini saya dah susun dengan OK.

vii. Cerita pada pos jangan TERLALU panjang macam ni... orang boring nak baca..sudah , sudah..bersambung nanti...

*ada komen?? taip pada shout..saya sedia menerima apa sahaja pendapat anda..

1 comments :

kindergartenlibrary berkata...

Yeay ! berguna ..tq2 ..
=)

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"