Ramai antara kita apabila telah mem'format' komputer sendiri barulah tercari-cari 'driver' . Bagi yang menghantar ke kedai tiada masalah mengenainya. Untuk yang mem'format' sendiri komputer mereka hendaklah kita membuat 'backup' driver agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. Ini kerana lain komputer dan jenis lain ragamnya. Apatah lagi bagi mereka yang jenis sukar untuk mencari 'driver'. Bagi mengelakkan masalah tersebut..
kita perlu meng'install' perisian yang dapat membuat 'backup driver' bagi komputer kita. Saya biasa menggunakan perisian yang diberi nama Diver Magician. Terdapat beberapa lagi perisian yang menawarkan perkara yyang sama seperti Driver Max dan Double Driver. Saya menggunakan driver magician kerana ia mudah difahami dan digunakan. 'Backup driver' anda dan simpanlah di tempat lain seperti di storage D: atau lebih baik pada 'portable hard disk' atau 'thumbdrive'.. Muat turunnya di SINI..
0 comments :
Catat Ulasan