Untuk para pendidik..sila taip google for educator.. Terdapat dua bahagian utama iaitu search dan communicate,show and share. Jika anda seorang pendidik membaca pos ini berrmakna anda seorang yang celik ICT. Adakah dalam banyak aplikasi yang diberi google ini ada yang kita gunakan dan adalah ia secara berterusan? Tidak perlu untuk kita gunakan semua aplikasi yang diberi kerana pada pendapat saya yang penting bagaimana kita menggunakannya secara maksimum terhadap pelajar.
Pengalaman saya sebagai guru ICT menunjukkan PAKSAAN adalah langkah pertama. Saya perlu memaksa mereka melayari internet dengan tujuan mendapatkan bahan P&P untuk diri mereka sendiri dengan memastikan mereka tidak sekadar copy and paste daripada rakan-rakan mereka. Apabila ia sudah menjadi kebiasaan secara automatik akan memudahkan kita sebagai pendidik. Perkara penting yang perlu difahami ialah...
1. Kita sebagai educator perlu mengajar dahulu kepada bagaimana perlu menggunakan enjin carian dengan berkesan.
2. Semua matapelajaran adalah sesuai dalam menggunakan aplikasi yang ada dalam internet bukan untuk matapelajaran ICT sahaja.
3. Berkongsi cara dengan rakan pendidik yang belum pernah menggunakan aplikasi pembelajaran internet sebagai langkah perkongsian ilmu.
4. Tidak boleh membiarkan pelajar mencari bahan tanpa pemantauan dari kita sebagai pendidik.
5. Menyenaraikan pautan-pautan yang sesuai untuk pelajar. Maksudnya kita perlu menilai dahulu laman-laman tersebut.
6. Gunakan email sepenuhnya. Berkomunikasi secara terus menggunakan ym atau skype masih belum sesuai digunakan kerana kekangan masa, tiada talian internet dirumah apatah lagi di sekolah yang terkenal dengan lembabnya talian internet.
7. Apa yang penting beri peluang kepada pelajar sekurang-kurangnya menggukan satu cara pembelajaran menggunakan internet. Apa kata mereka agaknya??
0 comments :
Catat Ulasan