
RMMICT@FACEBOOK
Rabu, Julai 27, 2011
Peranti Biometrik

Biometrik dalam bahasa yang lebih mudah adalah "sesuatu pada anda" atau "badan anda menunjukkan siapa anda". Peranti biometrik merupakan peranti atau perkakasan yang boleh mengenali dan memahami karektoristik unik bahagian tubuh badan dan ia kemudian ditukar ke kod digital. Kod digital itu kemudiannya di bandingkan kod digital dalam pangkalan data. Ini bermakna seseorang itu jika belum perlu menyimpan terlebih dahulu kod digital tubuh badannya...
Selasa, Julai 26, 2011
Teknik Menjawab Soalan ICT SPM

Pada hari ini teknik menjawab soalan ICT SPM 2011 diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Seminar menjawab soalan ICT SPM ini julung-julung kali diadakan. Penceramah jemputan adalah Cikgu Choo Keng Fook dari SMK Klang Utama. Seorang guru yang sangat sibuk memberi ceramah teknik menjawab soalan ini. Juga merupakan ketua pentaksir kebangsaan, pemeriksa kertas ICT dan bermacam lagi. Di harap sedikit sebanyak murid-murid saya telah...
Geng Blogger Di HACK ???

Geng Blogger, komuniti yang menghimpunkan begitu banyak blog untuk tujuan ping entri dan berkolaborasi tidak boleh dibuka. Paparan meminta username dan password keluar apabila cuba membukanya.. Seterusnya paparan kod error 401 juga terpapar. Ada yang mengatakan ia telah dihack dan ada juga yang mengatakan terkena phising, malware dan pelbagai lagi. Di bawah adalah paparan yang keluar apabila geng blogger hendak di buka...
Merujuk...
Ahad, Julai 24, 2011
SAPS - Online

Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan lagi penguasaan dan penggunaan internet di kalangan guru khususnya dengan Sistem Analisis PePeriksaan (SAPS)secara talian. Sistem ini membolehkan guru-guru terutamanya guru kelas untuk menghantar data pada bila-bila masa dan tempat asalkan terdapatnya talian internet.
1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah...
Sabtu, Julai 23, 2011
Cetak Halaman Web Dengan Kemas

Kadang-kadang terdapat halaman pada laman web atau blog yang ingin anda cetak. Mencetak dengan cara biasa menyebabkan cetakan yang terhasil mengandungi banyak bahagian-bahagian yang anda tidak mahu seperti bilangan muka surat, tarikh dan sebagainya. Ini seringkali menyebabkan hasil cetakan yang tidak kemas dan merugikan kertas. Dengan aplikasi printfriendly ini anda akan dipaparkan hanya halaman yang ingin anda cetak dan pentingnya ia kemas. Walaubagaimanapun...
Khamis, Julai 21, 2011
Tablet Yang Popular Di Pasaran

Ipad merupakan tablet yang popular dipasaran pada masa kini. Tablet keluaran apple ini begitu menguasai atas faktor-faktor seperti kebolehgunaan, jangka hayat bateri yang panjang, aplikasi yang banyak, harga di samping ianya nipis dan ringan. Namun sebagai pengguna, kita sememangnya mempunyai pilihan. Terdapat beberapa lagi jenis tablet yang popular dan boleh menjadi saingan kepada Ipad.
Blackberry Playbook
Asus...
Cabaran Membudayakan ICT Di Sekolah (Bahagian 3)

Sememangnya dalam membudayakan ICT di sekolah, guru-guru perlu digerak atau ada keinginan untuk bergerak sendiri seirirng dengan perkembangan semasa. Tidak kira guru opsyen apa, ICT sememang sesuai untuk semua jenis mata pelajaran. Dalam menggerakkan guru ke arah ini, tidak dinafikan pihak pentadbir sekolah perlu ada inisiatif menggalakkan guru menggunakan kemudahan ICT. Contoh paling pada pendapat saya adalah penggunaan email. Terdapat sekolah-sekolah...
Selasa, Julai 19, 2011
Youtube Video Converter

Saya sangat suka mencari perisian-perisian yang bersaiz kecil, mudah diguna, akan sering diguna dan paling penting ianya percuma. Kebanyakan video youtube adalah berjenis flv. Perisian ms powerpoint yang sering pelajar gunakan untuk membuat persembahan pula tidak menyokong video berjenis ini. Dengan sekali cari, saya terjumpa perisian ini. Bersaiz hanya 4.85mb bagi installer nya , menarik bagi saya kerana menukar ke video jenis avi, mp4, mov dan...
Hilangkan Virus "Bila Folder Jadi Shortcut"

Virus Shortcut ini termasuk kedalam golongan virus .vbs. Walaupun virus ini tidak begitu berbahaya, namun kita harus berwaspada kepadanya kerana ia akan mengakibatkan kerja komputer menjadi berat dan tergangu. Virus beroperasi dengan cara membuat file ” autorun.inf, dekstop.ini, fanny.bmp, thumb.db, serta file shortcut yang terdapat pada pendrive dan folder.Langkah-langkahnya menghapus Virus Shortcut adalah seperti berikut:OFF terlebih dahulu...
Adakah Password Anda Cukup Kuat

Penggunaan password (kata kunci) adalah sesuatu yang lumrah di dunia internet. Hampir kebanyakan perkara memerlukan password. Adakah anda yakin bahawa password yang dicipta telah cukup kuat bagi mengelakkan daripada diketahui oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti spyware misalnya ? Ramai antara kita menggunakan satu atau dua password yang sama untuk banyak perkara. Sudah tentu keselamatanya tidak terjamin namun ia mudah diingat....
Isnin, Julai 18, 2011
Kali Ini Senang Sedikit
Tidak sedar masa berlalu pantas. Minggu Teknik & Vokasional kembali lagi di sekolah saya. Impian mengalahkan johan memasang tayar tahun lepas tidak kesampaian. Namun kali ini berjaya mendapat tempat kedua !! Pada tahun lepas (klik untuk entri setahun yang lalu) langsung tiada nombor kerana tiub yang dipasang bocor apabila dipam.. Satu pencapaian membanggakan pada tahun ini...hahaha...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)