
RMMICT@FACEBOOK
Isnin, Disember 09, 2013
SPM ICT 2013

SPM telah berlalu.. Bagaimana pendapat cikgu tentang soalan ICT pada tahun ini? Jika murid keluar awal maksudnya apa ye.. boleh jawab ke tak boleh jawab agaknya.. Jika dibanding dengan soalan tahun lepas bagaimana ? Lebih sukar ?.. Hmmm.. jika ada antara guru yang belum melihat soalannya bolehlah mendapatkannya di ruangan muat turun - ict tingkatan 5 dengan terus sahaja klik ke SI...
Ahad, Oktober 27, 2013
Apakah itu SSL (Secure Socket Layer) ?

Perasankah
anda, apabila membuka laman web tertentu seperti Maybank 2u anda akan
terlihat gambar mangga pada URLnya. Apakah itu? Itu dinamakan SSL dan
SSL (Lapisan Soket Selamat) ialah teknologi keselamatan standard untuk
membina
pautan penyulitan (encryption) antara pelayan web dan pelayar. Pautan
ini
memastikan bahawa semua data yang melewati antara pelayan web dan
pelayar kekal
persendirian dan penting. SSL adalah standard industri dan...
Sabtu, Oktober 12, 2013
PBPPP

PBPPP adalah singkatan Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu
kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat
Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi
yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP
2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
PTK
digantikan...
Rabu, September 25, 2013
Modul Soalan ICT Berdasarkan Subtopik Terbaru

Modul Soalan ICT terbaru berdasarkan subtopik kini telah siap dan sedia dimuat turun. Modul soalan ini adalah daripada soalan-soalan
percubaan ict negeri-negeri 2012 dan soalan SPM 2007-12 .Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai
latihan untuk murid-murid boleh la mendapatkannya
diruangan turun bahagian lain-lain atau klik SINI....
Khamis, September 19, 2013
Soalan Percubaan ICT SPM Negeri-Negeri 2013

Seperti biasa setiap tahun saya kongsikan soalan-soalan percubaan ICT SPM negeri-negeri. Guru-guru dan murid-murid boleh mendapatkannya di ruangan Muat Turun--->Tingkatan 5. Terima kasih kepada guru-guru yang menghantar soalan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat sebagai salah satu persediaan menghadapi peperiksaan sebena...
Rabu, September 11, 2013
Pengumpulan soalan percubaan ICT 2013...

Proses mengumpul soalan2 percubaan ICT 2013 kini bermula. Saya amat
mengalu-alukan sumbangan guru-guru ICT seluruh negara agar dapat dikongsikan di blog ini. Soalan boleh dihantar ke email saya sppangsess@gmail.com . Harapan semua agar perkongsian ini dapat digunakan sebaiknya bagi kecemerlangan anak murid kita. Sebaik2nya dihantar selepas
peperiksaan selesai dijalankan.. Sumbangan guru-guru saya dahului ucapan terima
kasih...
Sabtu, Ogos 31, 2013
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 56

Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.Tema hari
kebangsaan pada tahun ini 'Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpah Darahku.
Sentiasa bangga dan cintai negara. Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung. Kekalkan kemakmuran sedia ada. Jangan ditanya apa yang
negara beri kepada kita tetapi fikirlah apakah sumbangan kita kepada
negara. Bersatulah kita menjaga negara kita, negara Malaysia tercinta
!!! Selamat Hari Kemerdekaan ke 5...
Rabu, Ogos 21, 2013
Analisis Soalan ICT (2007-2012)

Bagi memudahkan guru-guru ICT tingkatan 5 dalam membuat jangkaan bentuk soalan atau tajuk yang akan keluar pada peperiksaan ICT SPM kelak, analisis soalan ini adalah sangat berguna. Analisis khusus untuk seksyen B dan C ini berdasarkan tahun 2007 hingga 2012. Analisis ini boleh didapati di ruangan Muat Turun---> Lain-Lain (nombor 1...
Rabu, Ogos 07, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat
hari raya aidilfitri kepada semua guru-guru dan murid yang melayari laman blog rmmict ini. Saya dan keluarga dengan rendah diri dan seikhlas hati
memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan
yang saya lakukan secara sengaja atau tidak kerana saya hanya insan
biasa.. Semoga kita dirahmati Allah s.w.t, bergembira di hari raya dan
berhati-hati tidak kira di mana..Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat...
Rabu, Julai 31, 2013
Maklumat Tentang Subjek PAV

Subjek Pendidikan Asas Vokasional kini berada dalam tahap projek rintisnya di sekolah-sekolah terpilih. Mengikut maklumat tidak rasmi, semua sekolah akan mempunyai subjek PAV ini bermula pada tahun 2016. JIka ada yang masih tidak mengetahui berkenaan PAV ini boleh lah membacanya di SINI. Maka itu pada tahun 2015 adalah tahun terakhir program ICTL. Jika ada maklumat lanjut mengenai subjek PAV dialukan berkongsinya di blog ini. Sambil-sambil itu...
Isnin, Julai 22, 2013
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT V3

Selaras dengan borang baru PBS iaitu Score Sheet Form (SSF),
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT juga turut berubah dengan Version 3
2014..beserta panduan penggunaannya..Bagi guru-guru yang telah memohon
mendapatkan versi terdahulu, anda tidak lagi perlu mengisi borang baru kerana
saya akan menghantarnya terus kepada guru2 sekalian.. hanya yang permohonan
baru sahaja perlu mengisi borang KLIK SINI untuk mendapatkannya.... harap maklum.. terima kasih..
...
Isnin, Julai 15, 2013
Borang Baru PBS ICT 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
"Mulai tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan
yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan ,
dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian Borang...
Jumaat, Julai 12, 2013
Salam Ramadhan 2013

Umat
Islam pada hari ini telah berpuasa selama 3 hari..Tidak terlambat
rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Semoga puasa pada tahun ini dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dapat menjalankan perintah Allah dengan penuh
ketakwaan dan kesabaran. Saya juga memohon kemaafan jika terdapat sebarang silap dan salah salah saya samaada disedari atau tidak......
Jumaat, Julai 05, 2013
Format Video

Memasukkan video yang di muat turun daripada youtube ke dalam slaid persembahan masih memberi masalah kepada murid-murid. Masalah jelas berlaku jika video berformat .flv daripada youtube tidak boleh dibaca oleh perisian persembahan powerpoint. Powerpoint hanya membenarkan beberapa format video dimasukkan ke dalamnya seperti .mpg dan beberapa lagi. Aplikasi internet keepvid ini membolehkan masalah ini ditangani. Keepvid akan menyediakan kepada...
Khamis, Mei 16, 2013
Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi gur...
Khamis, April 18, 2013
Gagal Dihantar

Saya senaraikan email-email yang memohon untuk mendapat Aplikasi PBS dan Sistem Rancangan Mengajar namun GAGAL kerana mungkin berlaku kesilapan ketika proses mengisi borang permohonan. Sila isi semula jika masih berminat mendapatkannya.
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT
zuraini@smkkerteh.net
mqie@gmail.com
ctnana132@yahoo.com
smk_doj@hotmail.com
hanizayahaya@yahoo.com.my
Sistem Rancangan Mengajar
wkict@gmail.com
norhaizul@tkc.edu.my
ayob@smkb...
Blog Ini DiSerang Malware

Beberapa minggu kebelakangan ini, saya banyak menerima maklumat daripada rakan-rakan guru yang mengatakan blog ini telah diserang malware. Apabila membuka blog ini, satu paparan akan muncul memaparkan amaran malware tersebut yang berpunca daripada smksy.com. Saya sendiri tidak pasti bagaimana ia berlaku, mungkin kerana terdapat kandungan daripada laman tersebut yang telah masuk ke blog ini. Sejujurnya hanya sekali sahaja apabila saya membuka blog...
Khamis, April 11, 2013
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT v2

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT kini berversi baru. Bagi guru-guru yang telah mendapatkan versi terdahulu tidak lagi perlu memohon yang baru kerana saya akan menghantar terus melalui email. Untuk guru-guru ICT yang belum mendapatkan aplikasi GC ICT SMK Dato Ahmad Lenggong ini, anda boleh mendapatkannya di SINI. **** Bagi pengguna ICTIS2012, yang masih ingin meneruskan versi ini terdapat ralat yang telah dikenalpasti..
Ada dua ruang untuk...
Sabtu, Februari 23, 2013
Rangkaian Sosial Baru - Joota

Joota , berdasarkan pemahaman saya pada taklimat baru-baru ini merupakan sebuah rangkaian sosial yang menghubungkan manusia melalui isi kandungan yang ingin dikongsi. Sebagai contoh anda ingin berkongsi sebuah laman web dengan orang lain, maka anda aktifkan Joot dan isi kandungan tersebut disimpan di akaun Joota anda dan apabila orang lain mencari kategori yang sama maka ia akan terus berhubung dengan anda. Jika masih kurang faham maka silalah...
Khamis, Februari 21, 2013
Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT

Hari ini bertempat di Menara TM Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur saya menghadiri Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT dalam PdP. Apakah taklimat tersebut saya akan jelaskan pada entri terbaru nanti. Taklimat ini menghimpunkan ketua-ketua Panitia ICT negeri Selangor. Setelah agak lama tiada perjumpaan maka taklimat ini merupakan peluang berjumpa rakan-rakan lama. Di sini saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan...
Rabu, Februari 20, 2013
'Backup and Restore Driver' PC Anda

Sebelum ini saya menggunakan perisian Driver Magician dan Double Driver untuk 'backup and Restore Driver'. Entah mengapa teringin pula menggunakan perisian lain seumpamanya. Maka saya terjumpa dengan perisian Driver Genius ini. Saya suka kerana mudah digunakan. Jika anda suka maka bolehlah klik SINI..
*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda.....
Isnin, Februari 11, 2013
Pembayaran Elaun BISP

Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.
Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi: i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT) ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict) iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)
Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi
jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya
persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran,
dijalankan...
Selasa, Februari 05, 2013
Sistem Rancangan Mengajar ICT

Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog...
Khamis, Januari 24, 2013
Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah
berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya
Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna
sentiasa menjadi ikutan kita umat Isla...
Isnin, Januari 07, 2013
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT

Aplikasi ini dikongsi bagi tujuan memudahkan guru-guru ICT melakukan pendokumentasi semua borang-borang berkaitan dengan pentaksiran. ICT. Ianya sangat sesuai bermula dengan tingkatan 4. Ia telah diubahsuai menggunakan borang-borang pentaksiran baru. Aplikasi ini dijana menggunakan perisian Ms Access. Aplikasi ini dikongsikan secara percuma oleh rakan saya GC SMK Dato Ahmad Lenggong Cikgu Shan. Terima kasih atas perkongsian beliau. Bagi mendapatkannya...
Teknologi "Screen Reader"

Apakah itu teknologi "Screen Reader" ?? "Screen Reader" adalah sebuah perisian aplikasi yang membolehkan orang dengan kecacatan mata / visual yang teruk untuk menggunakan komputer. "Screen Reader" berkait rapat dengan Sistem Pengoperasian (OS) komputer untuk menyediakan maklumat tentang ikon, menu, kotak dialog, fail dan folder. "Screen Reader" menyediakan akses ke seluruh OS dengan berfungsi seperti banyak aplikasi biasa.
Bagaimana...
Selasa, Januari 01, 2013
Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru kepada semua. Bertambah tahun maksudnya bertambah tanggungjawab disertai dengan tanggungjawab sedia ada. Syukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang merasai tahun baru. Telah lebih dua bulan.. tiadanya pos baru daripada saya. Saya akui saya tiada idea dan yang sebenarnya saya tiada upaya. Imbas kembali 2012 yang baru berlalu telah memberikan begitu banyak pengalaman berharga. Kemalangan kereta yang dialami pada awal September...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)