
RMMICT@FACEBOOK
Ahad, Oktober 21, 2012
Analisis Soalan ICT SPM 2007-2011

Kali ini saya kongsikan pula analisis soalan-soalan ICT SPM 2007-2011. Guru-guru ICT boleh membukukan analisis soalan ini untuk murid-murid sebagai panduan bagi menghadapi SPM akan datang. Tinggal 3 minggu persekolahan dan rasanya masih sempat untuk guru-guru memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada murid masing-masing berdasarkan analisis soalan ini. Untuk pengetahuan semua analisis ini dibuat oleh Cikgu Shan (Guru Cemerlang ICT SMK Dato...
Rabu, Oktober 10, 2012
Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial 2

Selaras dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana salah satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima YES. Oleh kerana sekolah saya belum menerima...
Khamis, September 27, 2012
Muat Turun Trial ICT 2012

Saya kongsikan soalan trial ICT 2012 negeri-negeri yang saya perolehi..Terima kasih atas sumbangan guru-guru yang mengirimnya kepada saya. Harapan saya agar soalan negeri lain yang belum diperolehi dapat dikongsi bersama saya.. Soalan-soalan ini boleh didapati diruangan muat tutun tingkatan lima.. Soalan-soalan yang kini dalam simpanan adalah seperti berikut...
1. Selangor
2. Terengganu
3. Pulau Pinang
4. Kedah
5. Negeri Sembilan
6....
Selasa, September 25, 2012
Slaid P&P TMK Tingkatan 5

Kali ini berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia,
saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Tingkatan 5. Seperti sebelumnya jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi....
Khamis, September 13, 2012
Trial ICT 2012

Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat...
Khamis, Ogos 16, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya pada tahun ini membawa keceriaan kepada semua dan sama-samalah kita berhati-hati dijalan ray...
Jumaat, Ogos 03, 2012
Muat Turun Video Youtube Pelbagai Format

Menggunakan aplikasi atas talian ini membolehkan anda untuk memuat turun video daripada youtube, metacafe, dailymotion dan lain dengan cepat dan mudah. Lebih memudahkan lagi, ia mempunyai kelebihan memuat turun video dalam pelbagai format yang anda inginkan seperti mp4, 3gp dan terkini dalam bentuk mp3. Ini bermakna bagi murid-murid yang ingin menggunakan video daripada youtbe kebiasaannya bagi tugasan kerja kursus, mereka tidak lagi perlu untuk...
Rabu, Julai 25, 2012
Ramadan Yang Sibuk

Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa....
Jumaat, Julai 20, 2012
Ramadan Tiba Lagi

Alhamdulillah..Ramadan tiba lagi. Syukur sekali lagi kita diberi peluang menempuhinya. Bersama kita berdoa agar Allah s.w.t memberikan kita kekuatan menjalankan ibadahNya dengan penuh kesabaran, ketenangan dan menerima amalan kita.. InsyaAllah....
Selasa, Julai 17, 2012
Kursus Klip Video

Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam...
Slaid P&P TMK Tingkatan 4

Berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4. Slaid P&P ini boleh dilihat pada ruangan yang telah saya sediakan di blog ini atau anda boleh terus ke slideshare saya. Jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi....
Ahad, Julai 15, 2012
Bina Kuiz Atas Talian

Aplikasi internet ini membolehkan anda membina kuiz khusus untuk kelas yang anda daftarkan. Aplikasi internet ini turut membolehkan anda memasukkan fail-fail multimedia. Antara kemudahan lain yang diberi termasuklah mewujudkan 'timer' bagi murid menjawab soalan, menghantar email kepada murid bagi mengingatkan mereka menjawab kuiz, paparan keputusan untuk murid dan sebagainya. Pada pendapat saya, untuk pengguna baru, anda perlu memahami sepenuhnya...
Selasa, Julai 10, 2012
Teknik Menjawab Soalan ICT

Teknik menjawab soalan ICT bagi murid-murid tingkatan 5 telah dilaksanakan pada hari ini. Seperti tahun lepas, Ketua Pentaksir Kebangsaan & pemeriksa kertas ICT Cikgu Choo Keng Fook dijemput bagi menyampaikan ceramah. Moga-moga murid-murid yang mengikutinya telah dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar kelak.&nbs...
Ahad, Julai 08, 2012
Tukar Bahan PDF Kepada Majalah Atas Talian

Youblisher adalah aplikasi internet yang dapat menukarkan bahan-bahan PDF anda kepada bentuk majalah atau buku. Seperti majalah atau buku, kita perlu menyelak setiap halaman bahan-bahan yang telah siap dimuat naik. Di samping itu bahan-bahan juga boleh di'embed' ke dalam blog atau pun laman web. Youblisher boleh menjadi salah satu pilihan bagi guru menerbitkan bahan-bahan P&P bagi murid-murid. Anda boleh KLIK untuk ke laman youpublis...
Rabu, Jun 27, 2012
Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial

Pada masa kini terdapat banyak aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan oleh guru-guru khusus untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi sesebuah kelas atau sekelompok murid terpilih. Saya pasti sangat ramai di kalangan guru-guru di Malaysia yang menggunakan peluang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan p&p dan beberapa tujuan yang lain. Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi...
Khamis, Jun 21, 2012
5 Minit Yang Sangat Lama

Membuat klip video yang berdurasi hanya 5 minit jika difikirkan mungkin ramai menjangkakan ia mudah untuk dibuat. Namun jika klip video itu dibuat untuk dipersembahkan dihadapan VIP beserta ratusan orang, maka sudah tentu ia menuntut ketelitian yang lebih pada pembuatnya. Itulah yang berlaku kepada saya pada hari ini. Dengan masa yang diberi cuma 2 jam lebih masa tugasan yang diberi berjaya dilaksanakan bagi dipersembahkan tepat pada masanya....
Selasa, Jun 19, 2012
Panduan Menjalankan Lesson Study

Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan panduan asas menjalankan lesson study, anda boleh mendapatkannya di ruangan lain-lain di bahagian muat turun blog in...
Rabu, Jun 13, 2012
Lesson Study

Pada masa kini guru-guru sedang didedahkan 'Lesson Study' iaitu satu kaedah dalam meningkatkan proses oleh sekelompok kecil guru dalam mata pelajaran masing-masing. Saya baru sahaja menghadiri kursus 'Lesson Study' ini di Jabatan Pelajaran. Melalui info yang saya perolehi, 'Lesson Study' ini yang berasal daripada negara Jepun ini telah bermula lama seawal 2004 lagi. Hanya baru kini ia didedahkan secara meluas kepada guru-guru di Malaysia. Kaedah...
Ahad, Jun 10, 2012
Cipta Kod Bar QR Anda Sendiri

Pada masa kini dimana-mana sahaja
kita akan nampak Kod QR (Quick Response) ini. Kod bar segiempat ini
berperanan dalam mendapatkan koordinat
lokasi, URL, sebarang
mesej teks atau maklumat kenalan ke
telefon dengan cepat.
Dengan aplikasi pengimbas barcode yang dipasang
pada telefon atau netpad, kita hanya perlu menunjukkan
kamera telefon pada kod untuk membaca kandungannya.
Kod pada pos ini merupakan QR Code saya. Anda...
Rabu, Jun 06, 2012
Garis Masa Perkembangan Komputer

Pautan berikut sangat sesuai untuk guru dan murid-murid mendapatkan
maklumat berkaitan perkembangan sejarah komputer dari dahulu hingga
kini. Ditunjukkan berdasarkan garis masa.
Sila klik ke History of the Personal Computer on Dipit...
Rabu, Mei 16, 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat hari guru kepada semua warga guru di seluruh Malaysia. Tema hari guru pada tahun mengajak kita menjadi inovatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung meningkatkan pencapaian murid-murid kita. Saya sendiri masih tercari-cari cara atau kaedah baru dalam pengajaran saya...harap-harap ada banyak cara yang terkeluar daripada kepala atau paling tidak ada antara guru yang dapat berkongsi cara yang...
Ahad, Mei 06, 2012
Google Drive

Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda
terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive. Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda ...
Khamis, Mei 03, 2012
Bahan-Bahan ICTL

Saya banyak menerima permintaan bagi penambahan bahan-bahan P&P ICTL . Saya tidak mempunyai banyak bahan ICTL kerana sudah beberapa tahun tidak mengajar program ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan guru yang sudi berkongsi bahan-bahan p&p ICTL di dalam blog ini. Emailkan sahaja kepada saya dan segera saya letakkan pautan d dalam blog ini. Terima Kasih...
Mesyuarat Penataran ICT
Semalam saya menghadiri mesyuarat penataran kerja kursus tingkatan 4 khusus di peringkat daerah pula. Daerah tempat saya mengajar iaitu Kuala Selangor hanya mempunyai 8 buah sekolah sahaja yang mempunyai subjek ICT. Makanya penerangan mengenai borang dan pemarkahan baru bagi tingkatan 4 yang bermula pada tahun ini agak mudah dan lancar. Saya mendapat tahu ada negeri yang belum lagi bermesyuarat mengenainya. Pihak LPM sekarang sememangnya sedang...
Ahad, April 29, 2012
Aplikasi P&P Atas Talian - Edmodo

Edmodo, satu lagi aplikasi atas talian untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dan belajar di dalam dan di luar kelas. Dahulu saya pernah menggunakan aplikasi Whiteboard. Itu pun semasa komputer makmal masih elok. Sekarang sukar kerana komputer makmal yang tinggal tiga empat buah ditambah dengan tidak sampai separuh murid saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah. Namun begitu...
Selasa, April 24, 2012
Hasilan Soal Selidik

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru ICT yang sudi menjawab soal selidik ringkas yang telah saya ajukan secara online baru-baru ini. Soal selidik berkaitan modul pembelajaran ICT (Soalan dan jawapan berdasarkan subtopik) yang saya telah kongsikan bertujuan bagi penambahbaikan dan kajian berkaitan perkongsian.kolaborasi bagi
talian. Sebanyak 230 responden yang terdiri daripada guru-guru ict seluruh Malaysia telah diajukan...
Khamis, April 19, 2012
Unit Pengukuran Data (Chapter 2)

Tajuk ini meminta murid-murid untuk menyatakan tentang unit-unit dalam pengukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait. Soalan-soalan yang diberi antaranya meminta murid untuk menukar unit tertentu kepada unit yang lain. Sebagai contoh menukar unit kilobait kepada megabait. Tajuk ini agak mudah namun seringkali kelalaian menyebabkan kesilapan berlaku. Kaedah menghafal sesuai untuk tajuk ini.
...
Jumaat, April 13, 2012
Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber
Selama 2 hari bermula Khamis hingga Jumaat saya menghadiri Kursus Mengoptimum & Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK anjuran PKG di kawasan saya. Saya tertarik dengan slot hari ini yang membicarakan tentang MBMMBI. Oleh kerana saya tidak terlibat mengenai MBMMBI di sekolah, saya baru mengetahui bahawa CD-CD pengajaran mengenainya telah siap dan ada yang telah diedarkan di sekolah. Saya tertarik dengan CD memperkukuhkan Bahasa Inggeris. ...
Rabu, April 11, 2012
Picasa 3.9

Picasa 3.9 kini membolehkan anda untuk melakukan perkongsian dalam google circles dan tag gambar tersebut seperti di fb. Versi yang baru ini juga menawarkan editing gambar secara bersebelahan dengan efek yang baru. Sila ke pautan INI untuk muat turun picasa 3.9 in...
Rabu, April 04, 2012
Borang Baru Kerja Kursus ICT Tingkatan 4

Borang baru kerja kursus ICT Tingkatan 4 bermula pada tahun ini juga. Ini bermakna, mana-mana kerja kursus bagi tingkatan 4 yang telah dibuat menggunakan borang lama pada tahun ini perlu ditukar. Slaid dibawah oleh pihak LPM secara ringkas menerangkan perubahan yang berlaku...
Atau anda boleh terus ke Ruang Muat Turun Tingkatan 4 bagi mendapat borang-borang baru tersebut.
...
Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT

Saya baru selesai menghadiri Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT yang bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan yang dihadiri oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Negeri, Kawasan, Daerah dan beberapa orang guru ICT ini melibatkan 80 orang yang datangnya daripada zon tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Mesyuarat pada kali ini membincangkan perubahan penskoran pada kerja kursus ICT TIngkatan...
Ahad, April 01, 2012
Tukar Format Fail Video

Memasukkan video yang di download daripada youtube ke Power Point masih memberi masalah kepada ramai murid-murid ict dalam menyiapkan kerja kursus mereka. Video daripada youtube yang berformatkan .flv sememangnya perlu ditukar kerana power point tidak membenarkan ia berlaku. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan antaranya youtube downloader dan sebagai. Perkara yang menjadi pokoknya di sini adalah sama ada perisian-perisian tersebut...
Selasa, Mac 27, 2012
Desktop Wallpaper

Saya adalah penggemar desktop wallpaper. Namun begitu saya lebih sukakan yang ringkas, warna menarik , berdefinisi tinggi dan tidak menyemakkan mata. Terdapat banyak laman web wallpaper yang memberi peluang kepada mereka yang mahukan wallpaper bagi desktop mereka ringkas dan menarik untuk dipandang. Antara laman web yang boleh anda layari bagi mendapatkan wallpaper....
1. simpledesktops
2. deviantart
3. minimalwall
4. minimalist
5. icanbecreative...
Rabu, Mac 21, 2012
Keputusan SPM 3765 2011

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ICT SPM 2011. Tahniah juga kepada para guru yang bertungkus lumus membimbing murid-murid. Tahniah juga kepada sekolah yang mengekalkan kelulusan 100% dalam subjek 3765. Namun begitu jika ada sasaran tidak mengena.. Jangan frust lama-lama... cari cara bangkit semula... Dan nampaknya ungkapan itu sesuai juga untuk saya kali ini.......
Selasa, Mac 20, 2012
Pertandingan Blog Pendidikan 2012

Pertandingan Blog Pendidikan 2012 kini kembali. Pertandingan anjuran Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog berunsur pendidikan. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu sekolah , ipta/ipts dan terbuka. Sila layari http://ict.upsi.edu.my untuk maklumat lanj...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)